1. MEMAKAI KASUT TUMIT TINGGI
Pemakaian kasut tumit tinggi boleh menyebabkan masalah postur, tekanan yang berlebihan pada sendi dan penyakit seperti sakit belakang, kecederaan urat. Dinasihatkan supaya menggunakan kasut tinggi yang tidak melibihi 1.5 inci.
2. MEMBAWA HANDBAG YANG BERAT
Membawa handbag yang berat boleh menyebabkan kepada masalah belakang yang serius dan masalah leher kerana beban yang terpaksa dipikul di atas bahu pada setiap hari. Walaupun kesannya tidak dapat dirasai sekarang, tetapi dinasihatkan supaya ubah tabiat ini dengan membawa benda penting sahaja dan tukar handbag yang lebih kecil. Takkan nak tunggu kena baru nak berubah.
3. TIDAK MENINGGALKAN SOLEKAN SEMASA TIDUR
Akibat terlalu penat, kadang-kadang wanita tertidur tanpa menanggalkan solekan pada muka. Tabiat ini boleh menyebabkan liang-liang roma tersumbat akibat daripada kotoran dan minyak yang terkumpul semasa melakukan aktiviti harian. Selain itu juga, mata boleh gatal-gatal jika solekan pada mata tidak ditanggalkan.
4. MENGGUNAKAN SAIZ BRA SALAH
Kajian menunjukkan ia boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan yang boleh berlaku termasuk sakit pada belakang, leher dan buah dada, sesak nafas, kerengsaan kulit, masalah peredaran dan juga cepat marah. Dinasihatkan supaya berhati-hati semasa membeli.
5. TIDAK CUKUP TIDUR
Statistik menunjukkan bahawa masalah tidur memberi kesan lebih ramai terhadap wanita daripada lelaki. Tidur boleh mempengaruhi tekanan darah wanita dan perasaan (mood) yang lebih daripada lelaki. Dinasihatkan supaya wanita mendapatkan tidur yang cukup setiap hari.
No comments:
Post a Comment