...

...

Wednesday, 3 April 2013

TIPS MENGHILANGKAN BINTIK-BINTIK HITAM PADA WAJAH


1. Susu Segar
Sapu susu segar pada bahagian bintik-bintik hitam di wajah anda dengan menggunakan putik kapas. Cuba lakukan setiap hari sebelum anda masuk tidur.





2. Madu
Jika anda mengamalkan madu pada setiap hari, ianya dapat memberikan kesan yang amat baik. Sapukan madu pada setiap pagi di bahagian berbintik hitam pada wajah anda. Biarkan sehingga ia kering dan setelah kering, cuci sehingga bersih.





3. Ubat Gigi
Ubat gigi ialah antara ‘penawar’ yang paling berkesan berbanding susu segar dan madu untuk menghilangkan bintik-bintik hitam. Sapukan ubat gigi pada bahagian bintik hitam di wajah anda dan biarkannya sehingga kering. Setelah kering, cuci ubat gigi di wajah anda itu dengan air bersih. Cara ini selalu aku amalkan, lebih jimat dari 2 cara di atas.




4. Masker Putih Telur
Cara ini sangat berkesan tapi perlu rajin sikit lah berbanding 3 cara di atas.  Cara dia sangat senang di mana hanya memerlukan sebiji telur (ambil putihnya sahaj), tisu/kapas muka dan putik kapas. Sapu sahaja putih telur pada tisu/kapas muka dan tempekkan pada muka yang bermasalah bintik hitam/putih. Biarkan ianya kering dan cabut tisu yang menempek di muka tadi, anda akan melihat hasilnya. Bukan sekadar bintik hitam/putih sahaja yang tercabut, malah bulu muka dan jerawat pun turut tercabut. 
Anda boleh mencuba salah satu daripada 4 petua di atas ini. Jika ketiga-tiga petua sudah dicuba dan ianya tidak berkesan, bermakna anda mempunyai masalah bintik hitam yang serius. Sila berjumpa dengan doktor untuk dapatkan nasihat jika petua-petua di atas ini tidak berkesan untuk anda.




No comments:

Post a Comment